Logo Hostelling International Malaysia Logo masaDahtime Logo Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus Logo Lembaga Muzium Negeri Sembilan Logo Tourism Negeri Sembilan Logo Visit Negeri Sembilan 2026
Kembara Sembilan Luak

Explorace Adat Perpatih 2026

TARIKH 5hb Disember 2026
MULA Muzium Negeri
TAMAT Muzium Rembau

Info & Peraturan

Ringkasan Penting Untuk Peserta. Terma & Syarat Penuh Ada Di Bahagian Bawah.

Tarikh, Masa Dan Lokasi

  1. Sabtu, 5hb Disember 2026
  2. 7.00 Pagi: Pendaftaran / Daftar Masuk Di Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong, Bandar Seremban, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
  3. 8.00 Pagi: Taklimat
  4. 8.30 Pagi: Pelepasan Pasukan
  5. 3.30 Petang: Had Akhir Penghantaran Di Muzium Rembau, Jalan Kota–Lubok China, 71350 Kota, Negeri Sembilan
  6. Pendaftaran Dibuka Pada 13 Oktober 2026 Dan Ditutup Pada 20 November 2026, Pukul 5.00 Petang, Atau Sebaik Sahaja Had Maksimum 50 Buah Kereta Dicapai.

Kelayakan Peserta

Terbuka Kepada Semua Warganegara Malaysia Yang Berumur 18 Tahun Ke Atas Dan Berada Dalam Keadaan Sihat Tubuh Badan.

Ahli Badan Kebajikan Dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus Digalakkan Untuk Menyertai Program Ini.

Kapasiti Kereta

Setiap Kereta Hendaklah Membawa Minimum Dua Dan Maksimum Empat Orang Peserta. Penyertaan Terhad Kepada 50 Buah Kereta Sahaja.

Yuran Penyertaan

Yuran Penyertaan Ialah RM300.00 Bagi Setiap Pasukan (Satu Kereta) Dan Hendaklah Dibayar Melalui Kod QR Semasa Pendaftaran.

Jika Yuran Dikongsi Sama Rata: Dua Orang, RM150.00 Seorang; Tiga Orang, RM100.00 Seorang; Dan Empat Orang, RM75.00 Seorang.

Pendaftaran Hanya Dianggap Lengkap Setelah Bukti Pembayaran Dikemukakan. Semua Bayaran Hendaklah Dibuat Hanya Melalui Ejen Pembayaran Rasmi Yang Dilantik Oleh Penganjur, Iaitu RD ARTIFICIAL RESOURCES (Maybank: 5123 4567 8901). Penganjur Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Transaksi Yang Dibuat Ke Akaun Pihak Ketiga Di Luar Saluran Rasmi.

Yuran Tidak Akan Dipulangkan Sekiranya Penyertaan Pasukan Dibatalkan Kerana Melanggar Mana-Mana Peraturan Yang Telah Dipersetujui.

Kelayakan Pemandu

Pemandu Wajib Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Yang Sah. Cukai Jalan Kenderaan Juga Mestilah Masih Sah, Dan Kenderaan Hendaklah Berada Dalam Keadaan Baik.

Pakaian

Peserta Digalakkan Memakai Pakaian Tradisional Atau Pakaian Sukan Yang Bersesuaian, Serta Kasut Bertutup Demi Keselamatan.

Format Dan Tugasan

Acara Ini Bukan Perlumbaan Kelajuan. Tempoh Tujuh Jam (8.30 Pagi Hingga 3.30 Petang) Diperuntukkan Untuk Peserta Menyelesaikan Soalan Berdasarkan Papan Tanda Dan Mercu Tanda, Serta Mengambil Gambar Kreatif Yang Berkaitan Dengan Sejarah Dan Adat Perpatih. Soalan Dibahagikan Kepada Dua Seksyen: Seksyen 1 Di Muzium Negeri Dan Seksyen 2 Di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Dan Setiap Seksyen Dibuka Dengan Memuat Naik Gambar Selfie Bersama Ahli Pasukan Di Lokasi Pemeriksaan Tersebut.

Pematuhan Arahan Urus Setia

Semua Peserta Wajib Mematuhi Segala Arahan, Peraturan Permainan Dan Ketetapan Kawasan Yang Ditentukan Oleh Urus Setia Serta Pegawai Bertugas Di Setiap Lokasi Pemeriksaan.

Penentuan Pemenang

Pemenang Ditentukan Berdasarkan Jumlah Mata Tertinggi Yang Diperoleh Daripada Jawapan Yang Paling Tepat Dan Jelas Serta Tugasan Bergambar Terbaik, Setelah Semua Tugasan Di Lokasi Pemeriksaan Yang Ditetapkan Diselesaikan Dengan Sah β€” Bukan Berdasarkan Siapa Yang Tiba Terlebih Dahulu. Sekiranya Berlaku Seri, Masa Penyerahan Borang Dan Keselarasan Jawapan Kreatif Akan Diambil Kira.

Sebarang Keputusan Jawatankuasa Berhubung Dengan Kelayakan Penyertaan, Pengesahan Pembayaran, Kelulusan Pendaftaran Dan Penentuan Pemenang Adalah Muktamad. Sebarang Surat-Menyurat, Rayuan Atau Bantahan Tidak Akan Dilayan.

Hadiah Dan Penghargaan

  • πŸ₯‡JuaraWang Tunai RM400.00
  • πŸ₯ˆNaib JuaraWang Tunai RM200.00
  • πŸ₯‰Tempat KetigaWang Tunai RM100.00

Hadiah Wang Tunai Akan Dikreditkan Ke Dalam Akaun Ketua Kumpulan Dalam Tempoh 14 Hari Bekerja Selepas Tarikh Acara. Trofi Dan Sijil Akan Diserahkan Semasa Majlis Penutupan.

Larangan Dan Tindakan Disiplin

Peserta Dilarang Bertukar Jawapan Atau Berpakat Dengan Peserta Atau Pasukan Lain. Penyertaan Mana-Mana Pasukan Yang Didapati Berbuat Demikian Akan Dibatalkan.

Penganjur Berhak Menyingkirkan Serta-Merta Mana-Mana Pasukan Yang Melakukan Salah Laku, Penipuan, Sabotaj Atau Provokasi, Atau Yang Melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Keselamatan Sehingga Boleh Membahayakan Peserta Lain Atau Orang Awam.

Peraturan Jalan Raya

Peserta Wajib Mematuhi Undang-Undang Dan Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya Di Malaysia. Mana-Mana Pasukan Yang Kenderaannya Didapati Melanggar Peraturan Lalu Lintas Akan Disingkirkan Daripada Pertandingan.

Terma Dan Syarat (Tekan Untuk Baca)

Dengan Mendaftar, Peserta Bersetuju Untuk Terikat Dengan Terma Dan Syarat Berikut, Sebagai Tambahan Kepada Maklumat Di Atas.

  1. Explorace Adat Perpatih 2026 (β€œAcara”) Dianjurkan Oleh Badan Kebajikan Dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus (No. Pendaftaran: PPM-007-14-24072014) (β€œPenganjur”).
  2. Peserta Menyertai Acara Atas Risiko Sendiri. Penganjur Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Kematian, Kecederaan, Kemalangan Jalan Raya, Kerosakan Kenderaan Atau Kehilangan Barangan Peribadi Yang Berkaitan Dengan Acara, Setakat Yang Dibenarkan Oleh Undang-Undang.
  3. Segala Kos Lain Sepanjang Acara, Termasuk Bahan Api Tambahan, Tol Dan Makan Minum, Hendaklah Ditanggung Sendiri Oleh Peserta.
  4. Peserta Bertanggungjawab Untuk Memastikan Bahawa Butiran Peribadi, Nombor Telefon Dan Alamat E-Mel Yang Didaftarkan Adalah Tepat. E-Kad Pengesahan Akan Dihantar Melalui E-Mel Dan Hendaklah Ditunjukkan Kepada Urus Setia Semasa Daftar Masuk. Penganjur Tidak Bertanggungjawab Terhadap Kegagalan Penghantaran Yang Berpunca Daripada Butiran Yang Tidak Tepat.
  5. Sepanjang Acara, Peserta Dilarang:
    1. Berkelakuan Atau Mengeluarkan Kata-Kata Berunsur Seksual;
    2. Menyertai Acara Di Bawah Pengaruh Dadah Atau Minuman Keras;
    3. Berkelakuan Ganas, Menghina, Atau Menyinggung Mana-Mana Kaum, Jantina, Agama, Atau Kumpulan Umur;
    4. Mempromosikan Alkohol, Dadah Terlarang, Tembakau, Senjata, Atau Agenda Politik;
    5. Merosakkan Atau Mengalih Papan Tanda/Harta Awam Di Lokasi Pemeriksaan; Dan/Atau
    6. Melanggar Mana-Mana Undang-Undang Yang Terpakai.
  6. Peserta Membenarkan Penganjur Mengumpul Dan Menggunakan Data Peribadi Mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Bagi Tujuan Pendaftaran Dan Pengurusan Acara Sahaja. Peserta Juga Membenarkan Gambar Dan Video Yang Dirakam Sepanjang Acara Digunakan Untuk Tujuan Promosi Tanpa Sebarang Bayaran.
  7. Hadiah Tidak Boleh Ditukar, Dipindah Milik Atau Dirundingkan.
  8. Penganjur Berhak Menolak Penyertaan, Membatalkan Kelayakan Atau Membatalkan Atau Menangguhkan Acara Pada Bila-Bila Masa Tanpa Notis Awal.
  9. Terma Dan Syarat Ini Ditadbir Menurut Undang-Undang Malaysia.

Peta & Laluan

Satu laluan warisan melalui jalan lama, dari Muzium Negeri ke Muzium Rembau dengan dua hentian sejarah di sepanjang perjalanan.

πŸ›οΈ
MULA Β· PELEPASAN 8.30 PAGI LOKASI PEMERIKSAAN 1 Β· SEKSYEN 1

Lembaga Muzium Negeri Sembilan

Jalan Sungai Ujong, Bandar Seremban, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

πŸ“Έ Buka Soalan Seksyen 1: Muat naik gambar selfie bersama ahli pasukan di lokasi ini melalui sistem digital untuk membuka soalan Seksyen 1, yang perlu diselesaikan di sekitar kawasan Muzium Negeri.
πŸš— Perjalanan ke hentian pertama
  1. Dari Muzium Negeri, masuk Plaza Tol Seremban dan ikut Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) arah selatan (jarak pendek, untuk mengelakkan kesesakan trafik bandar Seremban–Senawang pada hari Sabtu)
  2. Keluar di Plaza Tol Senawang
  3. Ikut jalan lama ke arah Stesen KTM Sungai Gadut
  4. Teruskan ke pekan Rantau
  5. Dari Rantau, ke pekan Linggi
  6. Dari pekan Linggi, ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
πŸͺ¨
HENTIAN 1 LOKASI PEMERIKSAAN 2 Β· SEKSYEN 2

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Pengkalan Kempas, Linggi, Negeri Sembilan

πŸ“Έ Buka Soalan Seksyen 2: Muat naik gambar selfie bersama ahli pasukan di lokasi ini melalui sistem digital untuk membuka soalan Seksyen 2.
πŸš— Teruskan perjalanan ke Rembau
πŸ‘‘
HENTIAN 2

Makam Raja Melewar

Kampung Astana Raja, Rembau, Negeri Sembilan

🚢 Berhampiran, ke garisan penamat
🏁
TAMAT Β· HAD AKHIR 3.30 PETANG

Muzium Rembau (Istana Raja Melewar)

Kampung Astana Raja, Jalan Kota–Lubok China, 71350 Kota, Negeri Sembilan. Cari papan tanda warisan "Istana Raja Melewar" di tepi jalan kampung.

Soalan dibahagikan kepada dua seksyen dan hanya dibuka di lokasi pemeriksaan masing-masing. Sila patuhi undang-undang jalan raya sepanjang perjalanan.

Borang Pendaftaran

Minimum 2, maksimum 4 ahli sekumpulan. Sila isi maklumat sebenar mengikut Kad Pengenalan.

Sudah mendaftar? Semak status / muat naik resit β†’

A β€” Maklumat Kumpulan

B β€” Ahli 1 Β· Pemandu (wajib)

B β€” Ahli 2 Β· Navigator (wajib)

B β€” Ahli 3 Β· Penumpang (opsyenal)

B β€” Ahli 4 Β· Penumpang (opsyenal)

C β€” Hubungan Kecemasan

D β€” Bayaran Yuran

QR DuitNowTekan untuk besarkan
RM300.00 / pasukan
2 orang Γ— RM150.00 seorang
Ejen pembayaran rasmi: RD ARTIFICIAL RESOURCES
Maybank 5123 4567 8901
  1. Hantar borang ini dahulu untuk mendapatkan No. Pendaftaran (EAP).
  2. Bayar tepat RM300.00 melalui QR, dan tulis No. EAP di ruangan rujukan.
  3. Muat naik resit dalam masa 24 jam, atau pendaftaran dibatalkan secara automatik.

E β€” Penafian & Persetujuan

  1. Pihak urus setia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, atau kecurian barangan peribadi peserta sepanjang program ini berlangsung.
  2. Pihak urus setia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan, kecederaan, atau kerosakan kenderaan sepanjang perjalanan/explorace; peserta menyertai atas risiko sendiri.
  3. Peserta bertanggungjawab memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan lesen memandu pemandu adalah sah sepanjang tempoh program.
  4. Peserta wajib mematuhi undang-undang jalan raya; sebarang kesalahan/kemalangan adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.
  5. Semua ahli kumpulan, terutama pemandu, mengesahkan bebas daripada pengaruh dadah dan minuman keras sepanjang tempoh program berlangsung.
  6. Pihak urus setia berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta melanggar peraturan program atau membahayakan keselamatan diri/orang lain.
  7. Peserta bersetuju gambar/video yang diambil boleh digunakan oleh urus setia untuk tujuan promosi/liputan program.
  8. Maklumat peribadi yang diberikan hanya digunakan untuk tujuan pendaftaran & pengurusan program ini sahaja.

Format Soalan

Cara soalan disampaikan dan bagaimana jawapan dinilai.

Dua Seksyen Soalan

Seksyen 1 di Muzium Negeri, dan Seksyen 2 di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas. Untuk membuka soalan setiap seksyen, pasukan perlu memuat naik gambar selfie bersama ahli pasukan di lokasi pemeriksaan tersebut melalui sistem digital. Soalan tidak boleh dibuka dari lokasi lain.

Bentuk Soalan

Setiap soalan diberikan dalam bentuk pantun/kiasan. Lokasi tidak disebut secara terus β€” peserta perlu mentafsir petunjuk untuk mengesan tempatnya.

Jawapan

Setiap pasukan perlu menjawab sekurang-kurangnya 10 soalan. Jawapan dalam bentuk gambar bukti yang diambil di lokasi sebenar dan dihantar terus melalui sistem digital.

Syarat Tambahan

Sesetengah soalan mempunyai syarat khas (contohnya membeli barangan dan mendapatkan resit bercop kedai) selain gambar bukti.

Penilaian

Ini bukan perlumbaan kelajuan β€” pasukan yang sampai dahulu tidak semestinya menang. Mata diberikan berdasarkan ketepatan dan kejelasan jawapan serta bukti gambar yang dihantar.